BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 2 May 2011

holiday...

Sempena cuti Hari Pekerja aku & anak2 my mom n anak2 buah pergi bercuti..wah..macam jauh jek bunyi.padahal dekat jek..kat Port Dickson..huhuhu..cadangnya aku tak lah nak tido kat situ..tapi memandangkan anak2 buah aku n my mia yang terlalu x puas nak mandi manda..aku terpaksa lah caro hotel...perghh..hotel semua penuh..baik hotel budget,hotel 5 star semua penuh..kebetulan pulak ada pesta air kat PD..mak ai..p sana jem,p sini jem...last2  jumpa gak hotel..alhamdulilah..nasib my bebob x meragam...ok lah..x p mana2 pun kat PD..banyak lepak kat hotel jek..berendam kat swimmming pool hotel..

sedikit gambar untuk di tontoni..




Sunday 24 April 2011

Bisnes

Nama pun suri rumah kan..sebelum kawin & ber "anak" kecil ni aku dah biasa keje..jadi bila duduk rumah tak der buat apa..buat aku rasa bosan pulak.akhirnya timbul idea aku nak bisnes baju kanak-kanak..nampak macam ok..aku try lah sikit untuk permulaan..wah laju..habis di jual semua.sampaikan ada orang nak tapi aku tak der stok..hehehe..aku cuba jek dahulu..kalau ok aku akan teruskan.aku banyak jual pada kawan2 aku yang dah mempunyai anak2 dan jiran2 yang ada anak kecik..ok lah..not bad..tengah fikir sama ada nak teruskan atau tak..

ni lah salah satu contoh yang aku ada tul baju kanak2 yang aku jual tu..ok lah..boleh buat duit sampingan...tak lah aku nak mengharap 100% kat husband aku kan..at least kalau dah untung banyak dapat jugak ringan kan beban husband aku..

Thursday 21 April 2011

merah,putih & hitam...






wahhh...tu lah idea yang best bila aku duk fikir apa tema colour yang sesuai tuk rumah baru yang baru husband aku beli...heheh..p ikea survey2 kat showroom mana yang sesuai..bestnya..kalau nak beli semua pengsan hubby aku..beli sikit2 leh la..hehe..apa2 pun aku dah dapat bayangkan sedikit sebanyak apa yang nak aku tatariaskan untuk rumah baru tu..beli sikit-sikit pun tak per..yang penting hanya 3 colour tu yang akan di benarkan untuk rumah baru tu..hehe..konsep moden.aku suka moden sebab dia simple..aku tak suka benda yang sarat-sarat ni..sakit kepala..harap apa yang aku impikan tuk rumah baru ni akan tercapai..tak sabarnya..

Sunday 17 April 2011

Lama menghilang...

Wah lama sungguh menghilang..almaklum lah busy sikit dengan dua anak..tak terlayan kadang2 dengan kerenah masing2..baru nak landing yang sulong bangun..yang sulong tido adik dia lak bangun..tu lah gaya kalau ada anak kecik..tapi x tengok rasa rugi lak sebab keletah mereka x kan dapat di ulang..sekejap jek dah pertengahn bulan 4..insaAllah tak lama lagi hubby aku balik..tengah fikir ni nak buat bisnes...nanti kalau ada korang support lah bisnes tu ya...ok..x der cite yang menarik nak di citekan...luv u all n peace no war

Monday 11 April 2011

Holiday

HOLIDAY...huhu..mesti hubby aku pening nak layan kerenah aku yang nak p holiday..arrhh x kira jugak..nak ajak jugak dia p holiday sebab dah 3 bulan memerap kat rumah..boring tu..hehehe...tengah fikir nak pergi pulau redang..nak tengok pasir dia yang Glow in the dark..wah syoknya...harap my hubby agree lah...huhu...



wah mesti best kan...x sabar nya nak ajak my hubby p sini..tapi ada mission lh yang kena settlekan..nak setup rumah baru..warna dah adadalam kepala cuma tatarias jek yang tak sempat nak fikir lagi..hehe...nak tahu tak warna apa??huhu..tunggu....

Sunday 3 April 2011

AF (Akademi Fantasia ..)

Agak lama jugak aku tak layan Af ni..sebab pada aku x best lansung..hurm.tapi semalam tertengok jugak...dan kerana nak tahu siapa Pengetua Af..aku layan kan jugak..so aku tengok time2 pengetua tu nak muncul jek..dan korang mesti dah tahu siapa kan pengetua tu..urm..pengetua tu adalah...



tu la Pengetua Af..sapa???bkn M.nasir..pewittt...amy search lah..huhu..apa2 pun kerana Amy search n Aznil..aku tengok balik Akademi Fantasia yang dah lama aku tak tengok..















Thursday 31 March 2011

Gastrik..

hurm..rupa-rupanya sakit aku yang berguling nih gastrik ruupanya..adui..sakitnya masa first time kena..x tahan aku time tuh..so pas ni kenalah kawal makan..harap tak teruk lah...so sebagai peringatan tuk semua & diri sendiri..baca lah artikel ni..


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).



Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
 
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
 
 
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
 
 
 
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
 
Rawatan
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
 

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
 
so renung-renungkan lah..jangan jadi macam diri aku nih..dah terkena baru sibuk nak cari info...tak boleh patah balik dah...