BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, 31 March 2011

Gastrik..

hurm..rupa-rupanya sakit aku yang berguling nih gastrik ruupanya..adui..sakitnya masa first time kena..x tahan aku time tuh..so pas ni kenalah kawal makan..harap tak teruk lah...so sebagai peringatan tuk semua & diri sendiri..baca lah artikel ni..


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).



Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
 
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
 
 
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
 
 
 
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
 
Rawatan
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
 

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
 
so renung-renungkan lah..jangan jadi macam diri aku nih..dah terkena baru sibuk nak cari info...tak boleh patah balik dah...
 

Tuesday, 29 March 2011

Air Gas

 hmm..kenapa suka minum air gas?air gas yang macam-macam perisa,oren.sarsi..eh macam-macam lah..aku pun tak tahu kenapa & apa yang sedapnya air gas ni sebenarnya..air gas sudah semestinya banyak gula..manis..macam coke..aku jarang minum coke atau yang lain..yang biasa aku minum air gas hanya 100Plus.itu pun gas nya aku kurang kan sikit dengan campur sikit garam( kalau airnya bawak balik rumah )sebenarnya air gas ni tak elok tuk diri kita..leh buat kencing manis..ish..takut aku..arwah abah aku kencing manis.aku pun jadi seram sejuk bila tengok sakit orang kencing manis ni..tapi kita ni manusia yang tak pernah takut semua tu..makan & minun janji sedap..ish2..jaga lah kesihatan kalau nak hidup  lama...so renung2 kan dan fikirlah yang terbaik untuk badan anda..hehehe

fav drama.

Antara fav drama aku yang aku x kan sekali tinggal ialah asmara 2,CSI n Desparate Housewife..kalau tertinggal aku mesti cari siri tu n tgk..huhu..

CSI..ada 3 siri yg berbeza country




CSI ni kalau ada hubby aku mesti aku x dapat nak tengok..alasan dia cite ni mata orang tu macam mata helang...nampak jek semua benda..hehe..tapi kadang-kadang aku degil jugak..aku layan kan jek..nak tak nak hubby aku layan jugak CSI ni..hehehe


Asmara 2

Asmara 2 ni adalah sambungan dari Asmara part 1...cite nya mula2 aku tak layan..hubby aku lah yang layan..last-last bila dah sesama tengok..best lak..hehehe..sekarang aku lak yang x boleh nak tinggal cite ni..plot cie pun makin menarik..



Desparate Housewife
Cite ni aku dah ikut dari season 1 lagi..so memang tak tinggal lah..citenya walaupun ada scene yang agak 18sx n melampau..itu biasalah..dia nak hotkan cite tu..aku suka kawasan perumahan kat dalam cite ni..macam tenang jek..walaupun ada jiran2 yang busybody..tapi aku suka cara diaorag yang menyelesaikan masalah antara kawan mereka..mereka x kan putus kawan..aku suka cara macam tu..mereka merasakan persahabatan tu tak ternilai walaupun ada di antara mereka yang menyinggung perasaan mereka..urm..kat malaysia ni ada ke manusia macam tu??susah lah..malaysia ni ada tapi bila ada hal sikit suka cakap2 belakang n sampai menyampai.,kan bagus kalau ada sikap macam diaorg ni..yang terus terang masalah yang tak di sukai n perbetulkan masalah tu...tapi..nama pun cerita kan...huhuhu

Monday, 28 March 2011

Kolestrol & Pemakanan yang sihat

Gangguan Kolesterol jahat (LDL) dapat mengakibatkan banyak masalah dalam tubuh. Kadar LDL yang terlampau tinggi dapat menyumbat aliran darah sehingga tekanan darah menjadi tinggi. Tekanan darah yang tinggi dapat merusak jaringan organ tubuh dan mengganggu kinerjanya.
Kolesterol yang terlampau tinggi dapat mengakibatkan penyumbatan pembuluh darah. Jika menyumbat di otak maka terjadilah Stroke, jika terjadi penyumbatan di Jantung maka terjadilah serangan jantung koroner.
Pengobatan bekam yang dilakukan secara rutin dapat membuat perbaikan pada sistem peredaran darah termasuk menjaga keseimbangan kolesterol. Plak-plak kolesterol yang ada dalam pembuluh darah dapat dikurangi sehingga aliran darah menjadi lancar dan kesehatan tubuh pun menjadi baik kembali.

Aku amat bimbang tentang ni sebab hubby aku punya kolestrol yang sedikit tinggi masa pemeriksaan kesihatan dia..aku kan berusaha untuk dia mngurangkan kolestrol..


Pagi dah makan nasi lemak. bertambah lemak. ngantuk di mata-mata tertimbul.

practices makes perfect. nampak tak bwh gambar rajah tu tuk apa. hasil pemakanan yang sihat. sila jaga makan untuk maintain nampak slim. hampa. aku tak suka timbang berat badan tapi tengah mengukur baju di badan sendiri. sendiri mau ingat ye. Kalo jeans ngan blouse dah rasa pakai macam kecik je, means awak tu dah mantap. telebih makanlaa. tambah berat badan sihat ok. tapi sila berpada-pada. Diet perlu bermula dengan pemakanan sihat


Kalau ikut gambar tu aku kena stat makan vegeterian agaknya~

Kadang-kadang seringkali terfikir jika,mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.

Jaga makan minum ye sume, jaga kesihatan diri. Apa yang penting, kejesama-kesihatan jangan lupa lahh

aku tak suka nak tambah berat badan. dietlah limit skit makan.tapi takut tak terjalan lak misi aku ni..almaklumlah suap anak makan anak tak hbs mak dia habiskan..arghhh..kena disiplin ni..

Earth Hour 2011

It's time to go beyond the hour




At 8:30 PM on Saturday 26th March 2011, lights will switch off around the globe for Earth Hour and people will commit to actions that go beyond the hour.With Earth Hour almost upon us, our thoughts are with the people of Japan during this incredibly challenging and sad time for their country

Adakah kalian berbuat demikian?? Aku sudah 2 tahun melakukan demikian untuk menlindungi bumi kita..


gelap..

1 hour only

Panas..

Padatnya bangunan yang semakin mempersempit ruang terbuka hijau dengan konsep desain yang kurang dan bahkan tidak ramah lingkungan, merupakan salah satu kontributor terbesar penyebab terjadinya pemanasan global di dunia. Peneliti dari Queen’s University Ontario Canada mengamati perubahan es abadi di Kutub Utara selama 15 tahun terakhir, dan tercatat dalam empat tahun terakhir kerusakan paling dahsyat terjadi, yakni suhu di Kutub Utara mencapai 22 derajat Celcius dimana sebelumnya tidak pernah di atas 0 derajat Celcius. Kedalaman es di Kutub Utara pun sudah sangat menipis dan bahkan mengapung di permukaan.

Indonesia merupakan negara beriklim tropis yang terdiri dari kepulauan yang membentang dengan garis pantai terpanjang di dunia. Lokasinya yang berada di daerah khatulistiwa memiliki keuntungan dalam hal penyinaran matahari sepanjang tahunnya dan keberadaan kekayaan alam yang melimpah ruah. Akan tetapi dibalik semua itu terdapat dampak yang cukup merugikan. Penyinaran matahari yang terus-menerus menjadikan suhu permukaan akan lebih tinggi bila dibandingkan dengan kawasan di belahan dunia lainnya. Hal tersebut menyebabkan peningkatan kebutuhan energi untuk mendinginkan ruang pada bangunan-bangunan publik kebanyakan.
Apabila kita lihat kondisi cuaca saat ini, bumi rasanya sangat-sangat panas, banyak orang yang mengeluh panas dan mananti-nanti hujan (status at Facebook), rumah sebagai tempat berlindung sudah tidak bisa lagi membuat kita nyaman karena serangan huhu yang meningkat. segala upaya dilakukan manusia untuk bisa menciptakan kenyamanan di rumahnya, tak jarang malah mereka langsung melirik si “AC” yang terbukti ampuh melawan serangan si suhu panas. Inilah ironisnya, disaat kita bahu membahu ingin mengurangi dampak global warming, justru kita juga yang menambah parahnya kerusakan bumi. Dengan kata lain, bumi yang sudah rusak semakin kita rusak lagi akibat tidak tahan dengan panas akibat global warmning.
Tiap orang berlomba-lomba membangun rumah idaman yang besar dan luas. Keterbatasan lahan yang dimiliki dan keinginan mencipkakan ruangan yang luas dan lengkap, membuat kita tidak sempat memikirkan area hijau dirumah kita. Dan dengan alasan kemanan, kita seringkali membuat rumah yang masif dan minim bukaan. Alhasil, suhu didalam rumah jadi sangat panas, cahaya matahari dan angin tidak bisa kita manfaatkan. Lalu apa jalan keluarnya? Dengan menutup mata dan tanpa pikir panjang, kita kembali mengundang AC, lampu-lampu dan kawan-kawannya ke dalam rumah kita. Kebutuhan akan AC semakin meningkat, hampir tiap ruangan berisi AC, dan lampu selalu menyala pagi, siang dan malam hari.
Apabila kita bandingkan antara AC dengan tanaman, jelas saja AC secara instan dan lebih cepat membuat kita nyaman dalam ruangan. Tapi apakah kita harus mengunakan cara instan?


Mabuk

Kerana taksub pada keenakkan sambal goreng aku tercari-cari di kedai makan jika ada yang menjualnya..setelah sekian lama aku pun terjumpa sambal goreng di salah satu kedai makan yang ada di sekitar kawasan perumahan aku ni..akuu pun apa lagi..beli lah nak mengatah..tapi masa mengatah tu aku rasa lain..kenapa??ish aku abaikan jek sebab tak mungkin peniaga tu akan letak benda tu..setelah selesai makan.aku pun lepak tengok tv..tetiba2 kepala aku berdenyut n aku rasa mual-mual..macam orang mengadung pulak..akhirnya aku jadi seperti ini...muntah n mual-mual dan pening kepala..masa muntah tu baru lah aku tahu yang aku termakan petai....arghhhh....patutlah aku mabuk..

uweekkkk..
sambal goreng




 petai.. serik aku makan petai...