Sempena cuti Hari Pekerja aku & anak2 my mom n anak2 buah pergi bercuti..wah..macam jauh jek bunyi.padahal dekat jek..kat Port Dickson..huhuhu..cadangnya aku tak lah nak tido kat situ..tapi memandangkan anak2 buah aku n my mia yang terlalu x puas nak mandi manda..aku terpaksa lah caro hotel...perghh..hotel semua penuh..baik hotel budget,hotel 5 star semua penuh..kebetulan pulak ada pesta air kat PD..mak ai..p sana jem,p sini jem...last2 jumpa gak hotel..alhamdulilah..nasib my bebob x meragam...ok lah..x p mana2 pun kat PD..banyak lepak kat hotel jek..berendam kat swimmming pool hotel..
sedikit gambar untuk di tontoni..
Monday, 2 May 2011
holiday...
Posted by eyda johorean at 05:13 0 comments
Sunday, 24 April 2011
Bisnes
Nama pun suri rumah kan..sebelum kawin & ber "anak" kecil ni aku dah biasa keje..jadi bila duduk rumah tak der buat apa..buat aku rasa bosan pulak.akhirnya timbul idea aku nak bisnes baju kanak-kanak..nampak macam ok..aku try lah sikit untuk permulaan..wah laju..habis di jual semua.sampaikan ada orang nak tapi aku tak der stok..hehehe..aku cuba jek dahulu..kalau ok aku akan teruskan.aku banyak jual pada kawan2 aku yang dah mempunyai anak2 dan jiran2 yang ada anak kecik..ok lah..not bad..tengah fikir sama ada nak teruskan atau tak..
Posted by eyda johorean at 23:13 0 comments
Thursday, 21 April 2011
merah,putih & hitam...
wahhh...tu lah idea yang best bila aku duk fikir apa tema colour yang sesuai tuk rumah baru yang baru husband aku beli...heheh..p ikea survey2 kat showroom mana yang sesuai..bestnya..kalau nak beli semua pengsan hubby aku..beli sikit2 leh la..hehe..apa2 pun aku dah dapat bayangkan sedikit sebanyak apa yang nak aku tatariaskan untuk rumah baru tu..beli sikit-sikit pun tak per..yang penting hanya 3 colour tu yang akan di benarkan untuk rumah baru tu..hehe..konsep moden.aku suka moden sebab dia simple..aku tak suka benda yang sarat-sarat ni..sakit kepala..harap apa yang aku impikan tuk rumah baru ni akan tercapai..tak sabarnya..
Posted by eyda johorean at 06:46 0 comments
Sunday, 17 April 2011
Lama menghilang...
Wah lama sungguh menghilang..almaklum lah busy sikit dengan dua anak..tak terlayan kadang2 dengan kerenah masing2..baru nak landing yang sulong bangun..yang sulong tido adik dia lak bangun..tu lah gaya kalau ada anak kecik..tapi x tengok rasa rugi lak sebab keletah mereka x kan dapat di ulang..sekejap jek dah pertengahn bulan 4..insaAllah tak lama lagi hubby aku balik..tengah fikir ni nak buat bisnes...nanti kalau ada korang support lah bisnes tu ya...ok..x der cite yang menarik nak di citekan...luv u all n peace no war
Posted by eyda johorean at 07:54 0 comments
Monday, 11 April 2011
Holiday
HOLIDAY...huhu..mesti hubby aku pening nak layan kerenah aku yang nak p holiday..arrhh x kira jugak..nak ajak jugak dia p holiday sebab dah 3 bulan memerap kat rumah..boring tu..hehehe...tengah fikir nak pergi pulau redang..nak tengok pasir dia yang Glow in the dark..wah syoknya...harap my hubby agree lah...huhu...
wah mesti best kan...x sabar nya nak ajak my hubby p sini..tapi ada mission lh yang kena settlekan..nak setup rumah baru..warna dah adadalam kepala cuma tatarias jek yang tak sempat nak fikir lagi..hehe...nak tahu tak warna apa??huhu..tunggu....
Posted by eyda johorean at 06:52 0 comments
Sunday, 3 April 2011
AF (Akademi Fantasia ..)
Agak lama jugak aku tak layan Af ni..sebab pada aku x best lansung..hurm.tapi semalam tertengok jugak...dan kerana nak tahu siapa Pengetua Af..aku layan kan jugak..so aku tengok time2 pengetua tu nak muncul jek..dan korang mesti dah tahu siapa kan pengetua tu..urm..pengetua tu adalah...
tu la Pengetua Af..sapa???bkn M.nasir..pewittt...amy search lah..huhu..apa2 pun kerana Amy search n Aznil..aku tengok balik Akademi Fantasia yang dah lama aku tak tengok..
Posted by eyda johorean at 05:20 0 comments
Thursday, 31 March 2011
Gastrik..
hurm..rupa-rupanya sakit aku yang berguling nih gastrik ruupanya..adui..sakitnya masa first time kena..x tahan aku time tuh..so pas ni kenalah kawal makan..harap tak teruk lah...so sebagai peringatan tuk semua & diri sendiri..baca lah artikel ni..
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Posted by eyda johorean at 04:52 0 comments
Tuesday, 29 March 2011
Air Gas
hmm..kenapa suka minum air gas?air gas yang macam-macam perisa,oren.sarsi..eh macam-macam lah..aku pun tak tahu kenapa & apa yang sedapnya air gas ni sebenarnya..air gas sudah semestinya banyak gula..manis..macam coke..aku jarang minum coke atau yang lain..yang biasa aku minum air gas hanya 100Plus.itu pun gas nya aku kurang kan sikit dengan campur sikit garam( kalau airnya bawak balik rumah )sebenarnya air gas ni tak elok tuk diri kita..leh buat kencing manis..ish..takut aku..arwah abah aku kencing manis.aku pun jadi seram sejuk bila tengok sakit orang kencing manis ni..tapi kita ni manusia yang tak pernah takut semua tu..makan & minun janji sedap..ish2..jaga lah kesihatan kalau nak hidup lama...so renung2 kan dan fikirlah yang terbaik untuk badan anda..hehehe
Posted by eyda johorean at 19:05 0 comments
fav drama.
Antara fav drama aku yang aku x kan sekali tinggal ialah asmara 2,CSI n Desparate Housewife..kalau tertinggal aku mesti cari siri tu n tgk..huhu..
![]() |
CSI..ada 3 siri yg berbeza country |
![]() |
Asmara 2 |
![]() |
Desparate Housewife |
Posted by eyda johorean at 01:31 0 comments
Monday, 28 March 2011
Kolestrol & Pemakanan yang sihat
practices makes perfect. nampak tak bwh gambar rajah tu tuk apa. hasil pemakanan yang sihat. sila jaga makan untuk maintain nampak slim. hampa. aku tak suka timbang berat badan tapi tengah mengukur baju di badan sendiri. sendiri mau ingat ye. Kalo jeans ngan blouse dah rasa pakai macam kecik je, means awak tu dah mantap. telebih makanlaa. tambah berat badan sihat ok. tapi sila berpada-pada. Diet perlu bermula dengan pemakanan sihat
Kadang-kadang seringkali terfikir jika,mengidap obesiti terpaksa berpura pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu cuba menunjukkan obesiti adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga diet dan cuba kembali kurus. Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk merealisasikan impian.
Jaga makan minum ye sume, jaga kesihatan diri. Apa yang penting, kejesama-kesihatan jangan lupa lahh
aku tak suka nak tambah berat badan. dietlah limit skit makan.tapi takut tak terjalan lak misi aku ni..almaklumlah suap anak makan anak tak hbs mak dia habiskan..arghhh..kena disiplin ni..
Posted by eyda johorean at 17:59 0 comments
Earth Hour 2011
It's time to go beyond the hour
At 8:30 PM on Saturday 26th March 2011, lights will switch off around the globe for Earth Hour and people will commit to actions that go beyond the hour.With Earth Hour almost upon us, our thoughts are with the people of Japan during this incredibly challenging and sad time for their country
Adakah kalian berbuat demikian?? Aku sudah 2 tahun melakukan demikian untuk menlindungi bumi kita..
gelap.. |
1 hour only |
Posted by eyda johorean at 17:51 0 comments
Panas..
Padatnya bangunan yang semakin mempersempit ruang terbuka hijau dengan konsep desain yang kurang dan bahkan tidak ramah lingkungan, merupakan salah satu kontributor terbesar penyebab terjadinya pemanasan global di dunia. Peneliti dari Queen’s University Ontario Canada mengamati perubahan es abadi di Kutub Utara selama 15 tahun terakhir, dan tercatat dalam empat tahun terakhir kerusakan paling dahsyat terjadi, yakni suhu di Kutub Utara mencapai 22 derajat Celcius dimana sebelumnya tidak pernah di atas 0 derajat Celcius. Kedalaman es di Kutub Utara pun sudah sangat menipis dan bahkan mengapung di permukaan.
Posted by eyda johorean at 17:45 0 comments
Mabuk
Kerana taksub pada keenakkan sambal goreng aku tercari-cari di kedai makan jika ada yang menjualnya..setelah sekian lama aku pun terjumpa sambal goreng di salah satu kedai makan yang ada di sekitar kawasan perumahan aku ni..akuu pun apa lagi..beli lah nak mengatah..tapi masa mengatah tu aku rasa lain..kenapa??ish aku abaikan jek sebab tak mungkin peniaga tu akan letak benda tu..setelah selesai makan.aku pun lepak tengok tv..tetiba2 kepala aku berdenyut n aku rasa mual-mual..macam orang mengadung pulak..akhirnya aku jadi seperti ini...muntah n mual-mual dan pening kepala..masa muntah tu baru lah aku tahu yang aku termakan petai....arghhhh....patutlah aku mabuk..
![]() |
uweekkkk.. |
![]() |
sambal goreng petai.. serik aku makan petai... |
Posted by eyda johorean at 17:41 0 comments
Akhirnya..
Setelah mengharungi perjalanan yang amat panjang...tanggal 26.12.2010..lahirlah seorang bayi lelaki tepat pada jam 5.16ptg..terharu.sedih,gembira semua perasaan ada..terharu & sedih sebab bayi aku lemas dan dimasukan ke wad ICU..gembira kerana Allah makbulkan impian aku untuk menimang cahaya mata lelaki..terima kasihh & syukur YA ALLAH kerana makbulkan permintaan aku..aku tak putus-putus berdoa agar bayi aku selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi..pengalaman di Labour Room memang amat mengerikan..mendengar macam-macam bunyi ibu mengerang kesakitan membuatkan aku seram & tak mahu mendengar.Tanpa aku sedar aku mengalirkan airmata kerana perasaan takut itu..tapi aku lawan kan perasaan itu dengan banyak bertanya soalan pada nurse yang menjaga aku..nurse yang menjaga aku seperti memahami perasaan gementar aku dan dia melayani kerenah aku..akhirnya setelah 13jam aku berada di Labour Room aku selamat melahirkan bayi aku..Semasa proses kelahiran aku mengalami sedikit masalah kerana bayi aku tersangkut selama 20 minit..Syukur pada MU YA ALLAH kerana memberi aku peluang untuk meneruskan hidup aku bersama bayi aku,suami dan anak aku..Sesunggunya aku besyukur...pengalaman itu sedikit sebanyak menginsafi diri aku begitulah pengorbanan seorang ibu..
![]() |
first day kat icu |
boring duk spital lama |
hari ke 3 |
![]() |
sebulan |
![]() |
dua bulan |
![]() |
2 bln mia & dani |
Posted by eyda johorean at 17:29 0 comments
Oh My God!!!
Assalamualaikum..
OMG & Alhamdulilah.. itu lah ayat pertama yang aku ucapkan bila aku dapat tahu yang aku mengandung lagi...rezeki kami bertambah lagi.. Kami amat gembira dengar berita tu..macam2 yang aku fikirkan..mampukah aku nak menjaga kedua-dua sekali dengan seorang diri..aku harap Allah dapat memberikan aku kekuatan..sedikit teruja bila fikir baby apakah kali ni..setiap kali menunaikan solat,aku berdoa agar permudahkan perjalanan aku semasa mengandung dan bersalin nanti & tidak lupa jika ada rezeki nak bayi lelaki..tapi aku menerima pemberianNYA... sepanjang aku mengandung aku tak mengalami morning sickness..cuma alahan saja di muka aku..jerawat naik banyak..tapi sekejap je..sebulan lepas tu dah ok..selepas tu aku menjalani hidup dengan biasa..mungkin bahagian aku untuk senang di saat mengandung dan tiada suami di sisi...
![]() |
alhamdulilah... |
Posted by eyda johorean at 09:04 0 comments
Welcome...
Selamat Datang ke dunia wahai permata hati..tepat jam 5.16pagi 31.12.2009..seorang bayi perempuan selamat dilahirkan...bayi tersebut adalah Zarith Qalesya Damia..permata hati kami yang kami sayangi..menjaganya sejak dari kecil hingga sekarang..tiada banyak kerenah & senang untuk di jaga..dia lah penawar segala racun bagi kami..telatahnya sering menghiburkan kami..Dikala aku sunyi bila hubby aku pergi kerja..dia lah penawarnya..tanpa dia,walau sesaat terasa kosong..tawa,tangisannya menghiburkan aku.. Jadilah insan yang berguna esok kelak wahai anak ku..Ayah & mama sentiasa menyokong kamu.. we love u so much..
![]() |
with ayah...hari pertama |
3 bulan |
![]() |
5 bulan setahun |
Posted by eyda johorean at 08:48 0 comments
Fasa Pertama
Assalamualaikum..
Fasa pertama dalam hidup kami adalah..kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga...married..walaupun hubby aku x der buat lamaran sambil melutut & cakap "will u married me??" :P kami tetap jua bersatu..kami bertunang pada 20 Disember 2008... maaf lah gambar berttunang banyak dalam lappy my hubby..tak dapat nak upload..kami bertunang tak lama..3 bulan saje..15 March 2009 aku sah menjadi isteri kepada Mohd Faizal Bin Mohd Yusoff tepat jam 11.20 pagi..time nak nikah tu macam-macam fikir..tapi dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri dia..amin..aku harap ikatan ini akan kekal selama-lamanya...
Sedikit pautan gambar untuk di tontoni...
sanding |
nikah.. |
Posted by eyda johorean at 08:07 0 comments
Bermulanya langkah pertama..
Assalamualaikum..
kat tepi tasik kuala kubu |
Time ni aku datang Kuala Kubu nak jumpa hubby aku..pas keje terus naik komuter p Kuala Kubu jumpa hubby aku..sebab time ni hubby aku merajuk x mau angkat phone..pas jek habis keje half day ( hari Sabtu ) driver Boss aku ( arwah a.lan ) hantar aku kat komuter Sg.Buloh..sampai Kuala Kubu my hubby ambik jugak aku...huhu..kenangan..
firts time p genting sesama.. |
tasik titiwangsa kl.. |
Posted by eyda johorean at 07:40 0 comments
aku & dia...
Assalamualikum....
Seperti yang aku katakan...this is my 2nd entri..mesti tertanya kan tajuk tu..urm.apa yang aku nak sharekan adalah perkenalan aku dengan my lovely hubby Mohd Faizal Mohd Yusoff @ adam@ croco dll yang aku tak tahu nama panggilan dia..heheh..aku megenali hubby aku di laman sesawang FRIENDSTER.x caya kan???tapi di situ lah semuanya bermula..aku time tu baru jek frust dengan ex aku..so my office mate aku yang kenal kan aku Friendster tu kat aku..aku pun ikut lah buat sebab nak hilang kan boring aku..so macam biasa..just add n apporove pada sesapa yang add aku.. Nama hubby aku kat Friendster adalah Backpaker's..so dari situ lah aku kenal dia..tapi aku pelik lah dia ni jap online..jap x online..kadang2 aku rasa macam dia x wujud..Allah maha berkuasa..satu hari dia online & kami berbalas mesej..masa tu friendser mana ada chat..barulah aku tahu dia kerja apa n tahu sedikit sebanyak tentang diri dia..n lastly dia bagi no phone alasannya no phone dia yang dulu hilang...di situ lah bermuala....
Posted by eyda johorean at 06:58 0 comments
i'm new.....
Assalamualaikum semua...
Sebenarnya saya x der lah baru kenal blog ni..dah lama..dan pernah ada account blog jugak...tapi disebabkan terlupa password n id..so cara untuk berbloger balik adalah dengan create acc baru...jadi baru lah kan??huhu..anyway idea tengah melimpah ruah untuk berblogger..ok..see ya at next entri...
Posted by eyda johorean at 05:14 0 comments